Sunday, May 20, 2012

penutup 20/5/2012

Pernahkah kau punya perasaan yang akan aku cakap ini. Kau sanggup buat apa sahaja untuk seseorang? Kau akan berusaha sebaik mungkin untuk buat seseorang kawan kau tu tersenyum? Tolong serba sedikit menyelesaikan masalah dia, berikan apa yang dia idamkan?

Masalah tu weh. Sebenarnya kau ada perasaan dekat kawan kau tu. Tak tahu lah kawan kau tu sama jantina atau tidak. Yang pasti kau ada perasaan yang ganas dekat kawan kau tu.

Bila kau ada perasaan, hujan lebat pun kau akan redah semata-mata nak bagi kawan kau tu payung supaya dia tak basah. Supaya dia tidak demam.

Bila kau ada perasaan, kau sanggup isi minyak kereta untuk menghantar kawan kau tu balik rumah dia sebab ahli keluarganya tak dapat amik. Duit poket ada RM20. Nak makan lagi, tapi kau sanggup keluarkan RM5 pergi balik hantar kawan kau.

Bila kau ada perasaan, kau sanggup cancel semua aktiviti kau dengan kawan-kawan dan ikut dia buat apa sahaja aktiviti bersama. Kerana sebagai kawan, kau tidak punya satu masa emas itu.

Tapi bila kau ada perasaan, kau lupa untuk tanya kawan kau tu. Adakah punya perasaan yang sama? Atau kau hanya bertepuk sebelah sahaja.

Dan jika itulah jawapannya, cubalah untuk atasi perasaan itu. Carilah yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment